3 Contoh Resume Dua Halaman

3 Contoh Resume Dua Halaman | Perkataan sehabis ringkas adalah paling tepat untuk membuat sesuatu resume. Resume satu halaman adalah sesuai untuk graduan. Tetapi jika korang merasa seperti memerah segala-galanya pada satu halaman yang mempamerkan ke semua kelayakan dan potensi diri anda, maka lebih baik korang buat resume dua halaman.

Jika sebelum ini admin ada kongsikan contoh resume dengan satu halaman sahaja (rujuk link di bawah). Anda juga boleh buatkan resume ada dua halaman (jika perlu).

Sebab majikan perlukan banyak masa untuk baca isi-isi yang terkandung pada resume anda. Jika sampai 3 4 halaman, memang majikan akan baca resume anda ala kadar sahaja. Ini akan menbuatkan anda terlepas peluang untuk menjadi calon yang harapan mendapat sesuatu jawatan.


3 Contoh Resume Dua Halaman


Bagaimanapun anda perlu berhati-hati ketika memutuskan untuk menulis menggunakan resume dua halaman ini. Ada yang mengambil keputusan untuk menggunakan resume dua halaman kerana mereka tidak sabar-sabar untuk memasukkan setiap maklumat tidak kira jika maklumat itu relevan atau tidak. Sering kali, butiran yang tidak penting dan tidak relevan memberi pesepsi buruk terhadap resume anda. Sebaliknya, jika anda berfikir bahawa halaman tambahan pada resume anda benar-benar diperlukan baru korang gunakan contoh resume ini sebagai rujukan. Post kali ini admin sediakan 3 contoh resume 2 halaman ini. Link untuk download/muat turun admin sediakan untuk korang okey.

Contoh Resume 1






Tips Menulis Resume:

Jangan lupa untuk menjaga panjang kandungan sekurang-kurangnya separuh jalan ke bawah halaman kedua. Jika kandungan resume anda tidak sampai kepada titik tengah halaman kedua, anda juga mungkin perlu bereksperimen dengan font dan saiz teks untuk mengubahnya menjadi satu halaman resume. Untuk contoh resume satu halaman, klik Contoh Resume Satu Halaman


Contoh Resume 2






Tips Menulis Resume:

Contoh format resume yang ditunjukkan di bawah satu bahagian latihan dan seminar (Trainnings & Seminars Attended). Menunjukkan pencapaian anda sebagai seorang pelajar atau calon yang boleh di ambil bekerja berbanding dengan pemohon yang lain.


Contoh Resume 3






Tips Menulis Resume:

Sama dengan tips pertama tadi. Jika ruang yang digunakan untuk resume ini sedikit, perlu berfikir buat resume satu halaman sahaja sudah baik.

P/s: Semoga ada berjaya mendapatkan resume yang menjadi kesukaan para majikan diluar sana. Seterusnya berjaya memikat hati mereka dan mendapat pekerjaan dikala ekonomi yang semakin teruk ini. Bersaing lah secara sihat, kongsikan contoh resume ini dengan saudara mara kita, dan ingat, jadilah orang yang kreatif mengubah resume ini menjadi lebih baik lagi. Semoga berjaya adik-adik semua. Assalammualaikum..

- Olahan semula untuk terbitan di blog ini : Buat Resume

5 Contoh Resume Satu Halaman

Contoh Resume Satu Halaman | Graduan baru sering merasa bimbang apabila ingin mencari pekerjaan sesuai kerana kekurangan pengalaman kerja. Apa yang kebanyakan graduan tidak tahu ialah bahawa kekurangan pengalaman profesional tidak menjadi masalah sama sekali terutamanya jika anda sedang bersaing untuk kedudukan peringkat kemasukan. Caranya korang boleh buat resume yang menarik dan gempak seterusnya boleh menunjukkan semua kemahiran yang berkaitan kepada majikan tanpa membuka mulut dahulu.

Perlu peduli dengan contoh resume atau template resume yang digunakan kerana kemungkinan besar, pengurus bahagian pengambilan telah banyak lihat resume yang sama. Anda memerlukan resume yang menonjol. Berikut adalah dua contoh format resume yang akan membantu dan membimbing korang dalam mempamerkan nilai sebenar anda sebagai calon berpontensi.

Sampel resume juga datang dalam format yang boleh dimuat turun untuk membuat ia lebih mudah bagi graduan baru untuk membuat resume sendiri. Kalau korang kreatif, tolong ubah sikit-sikit mana patut. Sebab takut nanti kat syarikat yang sama majikan tengok format sama jer. Bosan dia nak baca. Huhuuu...


Contoh Resume 1



Tips Menulis Resume:

Menggunakan bullets akan membuat resume anda mesra pembaca. Jadikan ia satu titik, bagaimanapun, gunakan hanya apabila ia adalah perlu. Mengenai format resume sampel di atas, kemahiran teknikal, kemahiran peribadi dan pencapaian dan tanggungjawab adalah dengan bullets manakala bahagian-bahagian lain seperti objektif kerjaya dan pengalaman pra-profesional tidak perlu. Anda perlu mengenali yang mana bahagian perlu berbulet dan yang bahagian yang harus ditulis dengan perenggan atau berterusan


Contoh Resume 2



Tips Menulis Resume:

Pastikan format resume satu halaman anda kelihatan mudah dan sebersih mungkin. Jauhkan diri daripada unsur-unsur yang menganggu mata (cth: warna terang dan jenis tulisan yang pelik). Jika anda berfikir untuk mempamerkan kreativiti anda dengan resume, berhati-hati dengan penggunaan warna dan elemen visual lain. Sila rujuk contoh resume 3, 4 dan 5 untuk mendapatkan beberapa gambaran & petunjuk mengenai bagaimana untuk membuat resume anda menarik


Contoh Resume 3



Tips Menulis Resume:

Gunakan teks tebal (bold) dan ditulis dengan huruf condong (italic) untuk menyerlahkan beberapa butiran yang lebih penting pada resume anda seperti ijazah dan pengalaman pra-profesional anda. Untuk contoh format resume yang diberikan di atas, maklumat penting seperti nama dan tajuk adalah dalam huruf tebal (bold) manakala huraian yang diperuntukkan peranan "Provided Level 1 support" (di bawah Pre-Professional Experience) adalah ditulis dengan huruf condong.


Contoh Resume 4




Tips Menulis Resume:

Anda boleh menggunakan pelbagai elemen visual untuk membuat resume anda menonjol. Menambah pop warna, sebagai contoh, adalah cara yang baik untuk membuat resume anda kelihatan lebih menonjol. Format sampel resume di atas menggabungkan warna pilihan yang menarik untuk resume tersebut. Menggunakan warna yang anda tidak biasa lihat dalam resume sebenarnya boleh memainkan peranan penting seperti boleh memberi ingatan yang kuat kepada majikan. Oleh itu, korang anda kelebihan di situ.. :)


Contoh Resume 5



Tips Menulis Resume:

Adalah satu perkara yang baik bagi anda yang baru bergelar graduan untuk buat resume satu halman ini kerana tidak perlu tulis segala-galanya kerana yang paling penting fokus kepada keperluan atau isi penting berdasarkan kepada jawatan yang ingin di mohon.


P/s: Semoga dengan pengkongsian kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda memperoleh idea untuk membuat resume yang terbaik. Buat yang terbaik dan buktikan resume anda yang layak ditatap lama oleh majikan. Semoga berjaya adik-adik semua.

- Olahan semula untuk terbitan di blog ini : Buat Resume

5 Perkara Penting Tidak Perlu Terjadi Dalam Resume Anda

Resume - 5 Perkara Penting Tidak Perlu Terjadi Dalam Resume Anda | Dalam menyediakan resume yang anda rasakan ia terbaik daripada yang terbaik, anda tidak boleh terburu-buru terus cetak dan hantar kepada syarikat yang korang ingin mohon itu. Tetapi ada perkara penting yang korang harus ambil perhatian kerana jika perkara ini terjadi atau ada dalam resume ada, kemungkinan resume anda ditolak adalah tinggi sekali. So hati-hati yer..

Ini adalah lima kesilapan yang selalu dilakukan oleh graduan dalam menulis resume. Dan kesilapan ini memberikan persepsi negatif kepada majikan sehingga membuatkan resume anda ditolak !


1. Kesilapan Ejaan

Kesilapan ejaan di dalam resume akan memperlihatkan personaliti anda yang tidak menumpukan perhatian kepada hal-hal terperinci (attention to details). Setiap syarikat mahukan pekerja yang teliti dalam setiap hal lebih-lebih lagi jika berkaitan untung dan rugi. Dalam perniagaan, setiap sen ada nilainya.

2. Panjang Resume

Jangan melebihi 2 muka surat bersaiz A4. Satu muka surat juga sudah memadai. Tak muat? Anda mesti kreatif dalam menulis resume. Masukkan perkara yang relevan dengan jawatan yang anda mohon sahaja. Bukan hentam keromo !

3. Rekabentuk Resume

Tidak kiralah anda graduan jurusan seni atau arkitek, resume mesti kelihatan profesional. Tidak melebihi dua jenis "font" dan warna. Jangan digariskan semua ayat dan jangan dikotakkan semua tulisan. Jangan dihias dengan bunga-bunga dan bingkai. 

4. Kerahsiaan 

Jangan sesekali membuka rahsia strategi perniagaan di syarikat lama semata-mata untuk menunjukkan betapa hebatnya diri anda suatu masa dahulu. Rahsiakan maklumat tentang syarikat lama anda. Integriti dalam kerjaya adalah penting untuk semua jenis perniagaan. 

5. Penipuan

Jangan membundarkan CGPA anda ke titik perpuluhan terdekat, semata-mata untuk menepati syarat kelayakan. Jangan menokok tambah pengalaman bekerja yang tidak pernah anda buat. Penipuan hanya akan menghantui kehidupan anda sehinggalah segalanya terbongkar suatu hari nanti!

P/s: Jika perkara ini ada, kemungkinan resume anda berada dalam tong sampah adalah tinggi. So, hati-hati yer adik ku semua. 

Selamat menulis resume ! - Buat Resume

3 Perkara Yang Tidak Patut Ada Dalam Resume Anda

3 Perkara Yang Tidak Patut Ada Dalam Resume Anda | Menulis resume ni senang je. Pejam celik pejam celik dah siap resume korang kan? Tapi pernah tak korang terfikir kenapa HR belum pernah ‘pandang’ lagi resume korang?

Haa, sebenarnya, ada beberapa perkara yang tak sepatutnya korang letak, tapi dengan tersuka tanpa sengaja korang tulis. Hehe!

Dengan itu, kami dah ajar korang buat resume tip top semalam kan? Nah, kali ini kami nak senaraikan perkara yang tak patut korang tulis dalam resume.



1. Expected Salary

Kalau dah namanya pun fresh graduate, janganlah demand gaji sampai RM3000 ke RM4000 dik oii. Terperanjat bakal majikan tau!

Lebih baik kalau anda tak letak langsung expected salary. Lagipun, jika anda mencari pekerjaan melalui website-website mencari kerja, mereka telahpun menetapkan taraf gaji untuk jawatan yang dibuka.


2. Objektif Yang Meleret

Ya, kami tahu anda mahu membuatkan bakal majikan impress dengan anda. Tapi, tak perlulah anda mengarang objektif anda memohon pekerjaan dnegan penulisan yang panjang lebar.

Ingat! Ini bukan surat cinta, tapi resume (ringkas tapi padat). Ada faham?


3. Pencapaian Sewaktu Sekolah Rendah

Hmm, rasanya tak perlulah anda menulis pencapaian anda sewaktu di bangku sekolah rendah. Tiada siapa yang mahu mengetahui pencapaian anda sewaktu sekolah rendah kerana kebanyakkan tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang anda mohon.

Untuk pencapaian sekolah menengah juga, hanya sertakan jika benar-benar membantu untuk permohonan kerja anda.

Jadi bagaimana? Ingat tau tips kami ni. Barulah bakal majikan tak pening kepala dan terus hubungi anda untuk interview!

Sumber : maukerja

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2 | Hai semua, semoga semua sihat hendaknya.. Okey, sebelum ini admin pernah kongsikan beberapa contoh untuk anda contoh surat pertukaran tempat kerja yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda yang mana tahu memang takde idea langsung macam mana bentuk atau format yang sesuai berkaitan surat tersebut. So mana yang tak baca lagi yang part 1 tu, boleh tengok pada link ini : Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 1 Dan berikut adalah 3 contoh surat untuk part 2:

Contoh Surat Permohonan Pertukaran Tempat Pekerjaan Part 2 http://buatresume.blogspot.com/


CONTOH 1

SUHAILA BINTI SHAABAN
GURU J-QAF
SK TAMAN DAMAI JAYA
JALAN MAKMUR TAMAN DAMAI JAYA
81300 SKUDAI JOHOR                                                                                               16 APRIL 2010

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA

Dengan ini merujuk kepada perkara di atas. Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran suka sama suka di antara Ahmad Sukri bin Ramli yang beralamat SK Abu Bakar, 28400 Mentakab Pahang dengan saya Suhaila binti Shaaban Guru J-QAF Pendidikan Islam SK Taman Damai jaya, Jalan Makmur Taman Damai Jaya 81300 Skudai Johor

2. Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana:

i. saya akan berkahwin pada bulan Julai 2010

ii. bakal suami saya berkhidmat di IPD Temerloh Pahang

iii. Pertukaran ini tidak akan menjejaskan jabatan saya kerana ianya dibuat dengan ada penganti.(pertukaran suka sama suka)

v. Bersama ini saya sertakan salinan surat pertukaran suka sama suka Ahmad Sukri bin Ramli untuk rujukan pihak tuan

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan perhatian terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa berkerja bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang.

4. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. 


Yang benar

---------------------
SUHAILA BINTI SHAABAN
GURU J-QAF
8060529-35-5320
013-898 5116

by Fatin Najwaa


CONTOH 2

Misha bin Omar (8060529-35-5320)
Sekolah Kebangsaan Jalan Mati (PBA1089)
Jalan Bukit Gambir,11700 Gelugor,
Pulau Pinang

Kepada,
Ketua Pengarah,Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 1-5, Blok E12,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
 U/P: Unit Perkhidmatan Bukan Guru)                                                                    12 JANUARI, 2009
                                                                                                                                 
Melalui: 
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,11700 Gelugor,
Pulau Pinang.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN SUKA SAMA SUKA JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)

Saya seperti nama dan alamat di atas ingin mengemukakan permohonan berhubung dengan perkara di atas. 

2. Saya memohon pertukaran ini kerana saya akan berkahwin pada 16 Januari 2009 dan ingin berpindah mengikutsuami ke Kedah.

3. Untuk makluman pihak tuan, terdapat seorang Juruteknik Komputer yang berkhidmat di Kedah yang inginbertukar ke Pulau Pinang. Beliau juga telah bersetuju untuk membuat pertukaran dengan saya. Disini saya lampirkan butiran peribadi pemohon yang ingin membuat pertukaran suka sama suka dengan saya.

Nama : James Bond
No. KP : 800930-35-5167
Alamat Sekolah : S.K Sri Mersing JKR 767, Jalan Payamas, 90000, Kedah Darul Aman
No. Tel : 013-35759474. 

Untuk makluman tuan, saya mula berkhidmat di S.K Jalan Mati pada 2 Mei 2008 sehingga kini. Saya amat berpuashati dapat mencurahkan ilmu saya kepada semua yang pernah menjadi anak murid saya di sana. 

Oleh itu, besar harapan saya sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan sekaligus memberi peluang kepada saya untuk berada dekat dengan keluarga tercinta. Saya dahului ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas perhatian dan keperihatinan pihak tuan terhadap permohonan dan harapan ini.


Yang Benar,


---------------------
MISHA BIN OMAR
Sekolah Kebangsaan Jalan Mati
8060529-35-5320
013-898 9898

by Misha

CONTOH 3
Okey, surat ini khas untuk yang pernah mohon tapi kena reject.



Yeo Chun Liek
Sekolah Kebangsaan Sungei Passin,
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro,
96200 Daro,Sarawak.

______________________________________________________________________________
                                                                                                     Rujukan Tuan:
                                                                                                     Tarikh :

Ketua Unit Sekolah Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Bangunan Tun Datuk Patinggi
Tuanku Haji Bujang
Jalan Simpang Tiga
93604 KuchingSarawak                                                                                              26 MEI 2012

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH SEKOLAH RENDAHDALAM NEGERI (ANTARA BAHAGIAN) JUN 2012 BAGI EN. YEO CHUN LIEK(K/P 820531-13-5283), F/P S.37164)

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Saya memohon perhatian pihak tuan untuk mempertimbangkan rayuan pertukaran ke mana-mana sekolah di Bahagian Sibu atau Bahagian Kanowit yang mempunyai kekosongan selain daripada sekolah yang dipohon sebelum ini.

3. Berikut adalah sebab-sebab saya ingin memohon rayuan perpindahan ke PPD Sibu atau PPD Kanowit.

i. Telah lama berkhidmat di SK Sungai Passin iaitu selama 6 tahun setengah dan memenuhi syarat perkhidmatan untuk perpindahan.

ii. Ingin berkhidmat di tempat dan suasana persekitaran bekerja yang baru.

iii. Sedang mengikuti pengajian jarak jauh tajaan Bahagian Pendidikan Guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Kuching selama 4 tahun.

iv. Masalah pengangkutan iaitu hanya dapat dihubungi melalui sungai dengan menggunakan bot ekspres yang bergerak sekali sehari dan memerlukan 4 jam perjalanan ke Sibu. Jika ke Pejabat Pelajaran Daro atas urusan rasmi, perlu menggunakan ekspres lain yang memerlukan masa selama 3 jam lagi dari Sibu ke Daro.

v. Masalah perhubungan iaitu telefon yang sukar dicapai/diperolehi.

vi. Masalah jaringan Internet di Makmal komputer sekolah yang menyukarkan saya untuk mengakses maklumat terkini yang dihantar pensyarah UPSI berkaitan kerja kursus,fórum, pengumuman penting dan sebagainya.

vii. Masalah bekalan elektrik (genset) yang seringkali terputus akibat kerosakan.

viii. Masalah mendapat bekalan air yang bersih dengan bergantung sepenuhnya kepada airhujan.

ix. Pernah memohon perpindahan serta rayuan perpindahan sebelum ini tetapi tidak berjaya.


4. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan , saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

(1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN; PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)

Yang benar, 

_______________ 
(YEO CHUN LIEK)
Guru Akademik Biasa,
SK Sungai Passin,Daro.
0138079842

by Yo Yipi Yo



Okey.. itu saja contoh surat untuk anda kali ini, harapannya semoga ia boleh memudahkan anda memperolehi sedikit idea atau cara membuat surat pertukaran. Semoga bermanfaat, sekian.

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja