Home » » Resume - Cara Buat Resume Yang Baik

Resume - Cara Buat Resume Yang Baik




RESUME

Apa itu Resume?
Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)
Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.


Jenis-jenis Resume 
Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

Chronological Resume
Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.

Functional Resume
Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja. 

Combination Resume
Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.

Penyediaan Resume yang berkesan 
Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

KLIK GAMBAR

Kesilapan dalam penyediaan Resume 
Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah :

KLIK GAMBAR

PERHATIAN :
MAJIKAN BIASANYA HANYA MELUANGKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK MENELITI RESUME ANDA SEPINTAS LALU UNTUK DISENARAI PENDEK SEBAGAI CALON YANG INGIN DIPANGGIL TEMUDUGA.

Surat Iringan Resume 
Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.

Sumber asal : contohresume.com




12 comments:

  1. Thanks for sharing tuan admin.

    ReplyDelete
  2. tq admin info berguna sangat2

    ReplyDelete
  3. salam..

    saya ingin mohon pencerahan disini... "maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume". adakah maksud di sini maklumat di dalam surat perlu sama dengan maklumat di dalam resume. ataupun bermaksud, maklumat yang terdapat di dalam resume tidak perlu di ulang di dalam surat iringan??

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. yup...tidak boleh diulang.. mananya jangan terlalu sama maklumat dalam surat dan resume. :)

    ReplyDelete
  5. saya nk tny la..kalo sy prnah blajar di university..tp brhnti..perlukah sy msukkan dlm resume?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab berhenti? Kalau sebab malas or gagal, tak perlu letak. Kalau sebab kurang mampu, keluarga susah.. masukkan jer... Majikan akan lebih pertimbangkan calon seperti awak.

      Delete
    2. tp mcm mn cara sy nk masukkn dlm resume sy? adakah sy perlu ltak sbb brhnti dlm resume tu?

      Delete
    3. Awak letak step2 pendidikan awk tu..smpai kat uni.. awk letak jer smpai thun berapa awk brenti.... lps tu comfrm2 penemuduga akan tnya.. buat ayat sedih sikit la..

      Delete
    4. owh trima kaseh..sy juga nk tny kalo mcm smasa sy blajr dlu sy akn bkerja stiap cuti sem..sperti promoter,waiter..perlu x sy ltak dlm work experience even sy kje hny sbln dlm stiap kje yg sy pnah buat? tidak ke akn beri kesan mcm sy brmasalh sbb kje tmpt brlainan?

      Delete
    5. Letak la kalau awk keje tu msa cuti sem.. xde hal kejap2 pun.. bkn sgaja keje kjp tp keje part time kn cuti sem.. lgpun tu dh nampak awk nie seorg yg rajin..ltk la.. ringkas je.. kalau diorg tny baru huraikan..

      Delete
  6. tima kaseh for the advice admin..really appreciate it..

    ReplyDelete

INFOMASI MELALUI EMAIL

Masukkan Email Anda:

Delivered by FeedBurner

Semak Email Untuk Pengesahan

ADS

G+ VVVIP

LIKE dan Tekan (X) Untuk Tutup