Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan

Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan | Kali ini admin nak kongsikan surat peletakan jawatan untuk notis sebulan atau notis 30 hari atau lebih bergantung kepada kontrak perkhidmatan yang ditandatangani. Jumlah normal untuk tempoh notis adalah sebulan dan perlukan surat notis 30 atau lebih hari bagi mengelakkan mereka membayar gaji ganti notis kepada majikan kerana kehilangan pekerja. Ia termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1). Ini disebut sebagai tanda gaji ganti notis. Ia juga ada di dalam Akta Kerja 1955 (terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan), Ordinan Buruh Sarawak Cap.76, dan Ordinan Buruh Sabah Cap.67

Tapi ada juga majikan letak sampai 3 bulan perlu bagi notis. Itu memang membebankan. Tapi tidak menjadi kesalahan dan jika majikan tersebut hendak membuang pekerja juga perlu bagi notis kepada setiap pekerja sama dengan jumlah notis iaitu 3 bulan. Jika tidak sama panjang tempoh kedua-dua pihak, tidak boleh dan kontrak perkhidmatan tersebut dianggap tidak sah.


Jika korang ada duit, boleh berhenti serta merta dan bayar sebulan gaji sebagai gaji ganti notis. Tapi tak kesian ke majikan korang tu. (Semuanya bergantung pada budi bicara antara pekerja dan majikan. kalau majikan baik hati, tak perlu pun semua ni, ada yang boleh buat back date. kalau Badan Kerajaan, wajib!!!)

Contoh Notis Berhenti Kerja 7 Hari, Sebulan atau Mengikut Tempoh Dalam Kontrak Perkhidmatan


TENGKU BADRUL BIN TENGKU AZMI
NO9, KAMPUNG RAJA GELUGOR,
00204, KARANGAN,
KEDAH DARUL AMAN.                                                                                      01 APRIL 2014         
_________________________________________________________________________________________________

PENGURUS
MAJU CORPORATION BERHAD
LOT 24, JALAN HI-TECH 4,
09000 KULIM,KEDAH DARUL AMAN,

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya Tengku Badrul Bin Tengku Azmi akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuatkuasa 01 MEI 2014

2.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di Korea dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal. Pengajian tersebut akan bermula pada September 2014. Saya ingin menyelesaikan pelbagai urusan sebelum ke sana.

3.        Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai. 

Sekian, terima kasih 


Yang benar,


……………………………………………
(TENGKU BADRUL BIN TENGKU AZMI)
I/C NO: 870527-02-5557




P/s : Senang kan? Semoga ianya bermanfaat untuk korang yang mungkin memerlukan ketika mendapat apa-apa tawaran. 

Tambahan : Surat ini digunakan oleh pekerja untuk berhenti kerja dan sebagai notis. Bagaimana jika majikan tidak memberi notis ketika memberhentikan sesorang pekerja? Anda boleh rujuk di sini untuk lihat hak anda jika anda majikan berbuat demikian. Pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang serius yang menjadi alasan majikan membuang anda. Hak ini jika anda merasakan majikan tidak memberi apa-apa alasan yang munasabah. okey :)

Khailiza (admin)
Pegawai Tenaga Kerja

10 comments

ok memang ok..tapi bahagian haribulan tu tak silap ke? bukan letak kat bahagian penerima ke?

Reply

Pasal kedudukan tarikh tu tak penting.. wajib ada :)

Reply

Ingin bertanya, memang wajib 30 hari ke kalau kerja swasta dan tidak ada surat / contract perlantikan sewaktu diterima kerja?

Reply

Kalau ikut labour law (Akta Kerja, Ordinan Buruh Sabah & Ordinan Buruh Sarawak) memang wajib kena ada kontrak perkhidmatan/surat pelantikan. Dalam sana majikan kena letak satu ayat untuk pemberhentian/termination. Kat situ la majikan letak berapa2. kalau tak de refer kepada labour law..
Boleh baca sini --> KLIK

Reply

Assalam Admin,

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai hak pekerja:

1. Apa perbezaan antara Offer Letter, dan Appoint Letter. Sekiranya saya cuma dapat Appoint Letter sahaja, adakah isi kandungan dalam Appoint Letter tersebut sah walaupun saya tidak menandatangani apa-apa surat atau dokumen?

2. Sekiranya saya telah menghantar notis berhenti kerja notis satu bulan kepada majikan dan majikan menerimanya, adakah notis tersebut sah sedangkan dalam Appoint Letter tertulis 'Termination of Service' adalah dua bulan? Adakah notis yang sudah dihantar sah?

Reply

Bukan perkara besar pun benda tuuu.... bukan nak kasi kat cikgu bm pun.. dengg

Reply

Assalam admin,
Saya nak tanya..saya telah bekerja dengan company yang saya kerja sekarang ni dah lebih dari 9 tahun..baru-baru saya telah menghadiri satu temuduga..company yang baru ni berminat nak ambil saya bekerja dengan mereka & sepatutnya saya akan mula bekerja dengan company baru ni 5hb dec 2016..apa yang perlu saya buat sekiranya saya ingin resign dari company sekarang?

Reply

Wssalam..
Nak resign boleh, tapi tuan kena bayar la gaji ganti notis kat majikan tuan. Kalau ikut law, kena bagi 2 bulan gaji. Sebab lebih 5 tahun kerja. Tapi itu semua atas budi bicara majikan tuan, jika mereka tak kisah, tak la perlu bayar, kalau mereka minta tuan bayar, tak menjadi kesalahan bagi pihak mereka.

Reply

Post a Comment